Had Usia Kenderaan Dinaikkan

Had usia kenderaan dinaikkan kepada 15 tahun berbanding 10 tahun bagi teksi dan e-hailing dinaikkan berkuat kuasa 1 Januari lalu, Loke berkata mana-mana kenderaan yang ingin dilesenkan bagi tujuan terbabit, boleh berbuat demikian sekurang-kurangnya setahun sebelum had usia maksimum.

Katanya, kenderaan boleh kembali beroperasi jika sudah mencecah had usia 10 tahun sebelum ini dan belum mencecah usia 15 tahun yang dibenarkan oleh kerajaan.

Antara syarat lain ialah semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri terjamin, menurut kenyataan itu.

“Saya ingin memberitahu bahawa penggunaan teksi dan e-hailing sentiasa tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan berkala untuk memastikan hanya kenderaan yang mematuhi syarat teknikal dan ciri keselamatan dibenarkan beroperasi di atas jalan raya.

“Dengan pelaksanaan dasar baharu ini, saya berharap semua pemandu teksi dan e-hailing tidak terbeban terutamanya mereka yang terkesan sejak musim pandemik COVID-19 lalu,” katanya.

Menurut APAD dalam kenyataan hari ini, langkah itu sejajar hasrat Kementerian Pengangkutan untuk menjayakan industri teksi dan e-hailing ke arah penambahbaikan sistem pengangkutan di seluruh negara.

“Sehubungan itu, pihak APAD berharap pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran sebagai pemandu Grab, klik disini.