Grab Malaysia & Pengguna Sumbang Lebih RM1 Juta: Bersama MERCY Malaysia Bantu Mangsa Banjir!
Dana Hasil Sumbangan Pengguna Grab Disalurkan untuk Bantuan Banjir & Kemanusiaan Grab Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa lebih RM1 juta telah berjaya dikumpulkan bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan pemulihan banjir oleh MERCY Malaysia sejak November 2023. Kejayaan ini membuktikan kekuatan semangat kebersamaan antara Grab, para pengguna, dan rakan kongsi dalam membantu masyarakat yang memerlukan. …