
Selamat sejahtera kepada semua pemandu Grab! Penting untuk anda memahami proses pengisytiharan kenderaan e-hailing bagi memastikan kelancaran operasi dan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

(Grab Navigation MY, 2022).
Kategori Kenderaan Anda
Sebelum meneruskan, pastikan anda mengenal pasti kategori kenderaan berdasarkan umur pendaftaran di JPJ:
Kategori A – Kenderaan Berusia Lebih 3 Tahun
✔ Rujuk tarikh pendaftaran dalam geran kenderaan anda.
✔ Termasuk kenderaan yang berdaftar pada tahun 2022 atau sebelumnya.
Kategori B – Kenderaan Berusia Bawah 3 Tahun
✔ Rujuk tarikh pendaftaran dalam geran kenderaan anda.
✔ Termasuk kenderaan yang berdaftar dalam tahun 2022, 2023, 2024 & 2025.
Langkah-Langkah Pengisytiharan Kenderaan E-Hailing
Kategori A
- Cetak EVP fizikal melalui aplikasi Grab Driver.
- Sediakan salinan Kad Pengenalan.
- Sediakan geran asal kenderaan.
- Lakukan pemeriksaan PUSPAKOM B5 untuk kenderaan e-hailing.
- Dapatkan keputusan lulus PUSPAKOM.
- Cetak dan isi Borang JPJ-EH1 & JPJK8.
- Hadir ke cawangan JPJ dengan borang yang telah lengkap bersama salinan permit EVP untuk pengisytiharan e-hailing.
- Cetak geran terkini & roadtax terkini (pastikan terdapat tertera AH).
- Selesai! 🚗✅
Kategori B
- Cetak EVP fizikal melalui aplikasi Grab Driver.
- Sediakan salinan Kad Pengenalan.
- Sediakan geran asal kenderaan.
- Cetak dan isi Borang JPJ-EH1 & JPJK8.
- Hadir ke cawangan JPJ dengan borang yang telah lengkap bersama salinan permit EVP untuk pengisytiharan e-hailing.
- Cetak geran terkini & roadtax terkini (pastikan terdapat tertera AH).
- Selesai! 🚗✅
Maklumat Penting!
⚠️ Pihak Grab akan memperbaharui Permit EVP secara berperingkat
⚠️ Akaun yang tidak aktif selama 5 bulan tidak akan diperbaharui Permit EVP
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi RRC setempat atau layari pautan rasmi:
🔗 Pengisytiharan Kenderaan E-hailing
Jangan berlengah! Pastikan kenderaan anda didaftarkan dengan betul supaya anda boleh terus memandu tanpa gangguan. 🚗💨