​(Versi Ke-2) Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing


Daftar Pemandu Grab


Soalan Lazim Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing

MAKLUMAN

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020: INSENTIF RM500 KEPADA PEMANDU E-HALING

 

Frequently Asked Questions (FAQs) – Soalan Lazim (SAMBUNGAN)

 

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN INSENTIF INI ?

Pemandu E-Hailing Sepenuh Masa layak menerima Insentif. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
  • Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurangnya-kurangnya RM1200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Novermber 2019, Disember 2019 atau Januari 2020
  • Tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM600 di bawah Inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi 27 Februari 2020.
2. BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON INSENTIF INI?

Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada E-hailing Operators (EHO). Pembayaran kepda pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO masing-masing.

3. BILAKAH PEMANDU E-HAILING AKAN MENERIMA INSENTIF INI?

Bantuan boleh diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020. Pemandu E-Hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntu bantuan dengan EHO masing-masing.

4. APAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN PRIHATIN UNTUK MENYEMAK NAMA SAYA SEBAGAI PENERIMA RM600 UNTUK PEMANDU TEKSI

Bantuan RM500 kepada pemandu E-Hailing tidak disenaraikan di dalam website Bantuan Prihatin.

5. SAYA BERDAFTAR DAN MEMANDU UNTUK DUA SYARIKAT E-HAILING. ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT DUA KALI BAYARAN INSENTIF?

Setiap pemandu layak mendapat satu(1) kali bayaran insentif sahaja.

6. SEKIRANYA SAYA PEMANDU TEKSI DAN JUGA E-HAILING, ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA INSENTIF BAGI KEDUA-DUA KATEGORI?

Pemandu teksi yang menerima Bantuan Insentif RM600 tidak layak menerima bantuan insentif RM500 untuk pemandu E-Hailing.

7. SAYA PEMANDU E-HAILING SECARA PART TIME DAN PEMANDU TEKSI JUGA PART TIME. ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK KEDUA-DUA BANTUAN INI?

Semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 untuk pemandu teksi sahaja.

8. SAYA MERUPAKAN PEMANDU E-HAILING SEPENUH MASA TETAPI PENDAPATAN SAYA TIDAK MENCECAH RM1200 SEBULAN SEDANGKAN SYARAT PENDAPATAN PERLU RM1200. APAKAH LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL

Rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020

9. APAKAH SAYA TIDAK LAYAK KERANA PENDAPATAN TIDAK CECAH RM1200 ? INI KERANA KEKURANGAN PELANGGAN DISEBABKAN PKP.

Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa telah ditentukan dengan mengambil kira tempoh masa pemandu beroperasi sebelum bermula tarikh PKP.

10. ADAKAH SEBARANG BANTUAN LAIN KEPADA PEMANDU E-HAILING SELAIN BANTUAN INI?

Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional

11. SAYA TELAH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN EHO DAN MEREKA MENYATAKAN SAYA TIDAK LAYAK KERANAN BUKAN PEMANDU TETAP/SEPENUH MASA SEDANGKAN SAYA MEMBAWA E-HAILING SECARA SEPENUH MASA. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH SAYA AMBIL?

Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status dengan EHO dan mengemukakan rayuan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020. Senarai nama yang layak adalah berdasarkan senarai nama yang dikemukakan oleh EHO masing-masing sebelum disahkan layak oleh APAD.

12. SEKIRANYA PEMANDU HENDAK MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN, KEPADA SIAPAKAH HARUS DIHUBUNGI?

Platform semakan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan dalam laman sesawang Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat. Anda juga hendaklah memaklumkan kepada EHO untuk menyenaraikan nama anda kepada APAD untuk tujuan pengesahan sekiranya anda telah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di soalan 1.

13. SAYA PEMANDU PART-TIME E-HAILING. ADAKAH SAYA LAYAK ? JIKA TIDAK. MENGAPA?

Tidak layak kerana bantuan ini khusus kepada pemandu E-Hailing sepenuh masa sahaja. Rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi yang akan dibangunkan oleh APAD kelak bermula Mei 2020.

14. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT RAYUAN? DIMANA PERLU SAYA SALURKAN RAYUAN INI ?

Platform rayuan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan dalam laman sesawang APAD di [email protected] bermula mei 2020.

15. AKAUN E-HAILING SAYA DIGANTUNG OLEH EHO. ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON?

Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akaun anda dengan EHO segera bagi mengelakkan nama anda tercicir dari senarai penerima yang layak.


Daftar Pemandu Grab

Sumber: Facebook – motmalaysia | 10 April 2020