Panduan 2019 Daftar Grab Driver Dengan PSV

Bermula 12 Oktober 2019, Kementerian pengangkutan telah mengumumkan semua pemandu wajib memiliki dokumen-dokumen berikut bagi mematuhi peraturan baru untuk memandu dan daftar E-hailing:

  1. Dokumen Asas Pendaftaran
  2. Lesen PSV ATAU bukti lulus ujian* 
  3. Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)
  4. Insurans E-Hailing yang sah (Panel Grab)
  5. Pelekat E-Hailing
  6. Pemeriksaan Puspakom (sekiranya kenderaan anda anda berusia lebih dari 3 tahun)

Sehubungan dengan itu, pihak kami akan terus berusaha untuk memastikan proses pendaftaran mengikut peraturan berjalan dengan lancar, dan akan melanjutkan Pakej Pikul Bersama untuk memberikan bayaran balik bagi sesetengah kos yang diperlukan untuk mematuhi peraturan e-hailing. 

Di samping bayaran balik, jika anda menghantar salinan lesen PSV dan butiran kenderaan untuk EVP kepada kami, anda juga boleh mendapatkan kredit memandu PERCUMA sebanyak RM80*. Sila semak terma & syarat di bawah untuk maklumat lanjut:

6 PROSES PENDAFTARAN PEMANDU BARU TERKINI BERMULA 12 OKTOBER 2019

DOKUMEN ASAS

Anda perlu menyediakan dokumen asas seperti dibawah dimana ia merupakan Basic dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Pemandu Grab.

  1. Profile Photo Pemandu
  2. Salinan asal kad pengenalan
  3. Salinan asal lesen memandu
  4. Cover note insurans (PDF/ cetakan)
  5. Geran kenderaan (dokumen wajib)
  6. Gambar Roadtax
  7. Borang pemeriksaan kesihatan (untuk pemandu berumur 50 – 69 tahun; atau dilahirkan dari 1950 – 1969) Print Medical Form▶ http://imkl.com.my/images/BORANG%20JPJL8A.pdf
  8. Lengkapkan Borang pendaftaran dibawah: https://grab-my.formstack.com/forms/grab_embed_seo_w5

Klik link di bawah untuk melihat gambar-gambar dokumen yang kami perlukan:

https://grab-signup.com.my/dokumen/

LESEN PSV

Cara Mudah Untuk Mengambil Lesen Psv Iaitu :

  • Melalui Institut Memandu
  • Melalui Grab Hq (Untuk Pemandu Klang Valley Sahaja)

PANDUAN MEMOHON LESEN PSV DI INSTITUT MEMANDU

  1. BORANG PERMOHONAN LESEN PSV – Muat turun borang pemeriksaan Kesihatan Jpj disini : https://drive.google.com/open?id=14oH37v8xgYsEy8ncRmHBBpEW8X-nwg0k . Lengkapkan Borang Pemeriksaan kesihatan diatas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik yang Berhampiran. Kos bagi pemeriksaan kesihatan bermula dari RM20 hingga RM80 bergantung kepada Klinik berkenaan
  1. PEMERIKSAAN KESIHATAN DI KLINIK – Bawa Borang (JPJ L8A) yang telah lengkap diisi ke KLINIK berhampiran anda untuk menjalani pemeriksaan kesihatan anda untuk memastikan tahap kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik dan layak untuk mengambil Lesen PSV. Pastikan anda menyimpan Resit bayaran pemeriksaan kesihatan di Klinik tersebut untuk membuat claim dengan pihak Grab (RM20 seblm 31 NOV 2019)
  1. DAFTAR KURSUS MEMANDU DI INSTITUT MEMANDU – Selesai dan lulus pemeriksaan kesihatan bawa borang tersebut ke institut memandu yang terpilih untuk proses pendaftaran Kelas PSV 6 jam.

Semak Senarai Institut Memandu Yang Menawarkan Kursus Psv :

https://drive.google.com/file/d/1A_-n6sPLr773gvZ8u0CHmkBILtrnxwVp/view?usp=sharing

*anda boleh buat semakan harga dan kelayakan dengan menelefon setiap institute memandu tersebut untuk dapatkan harga yang paling jimat.

  1. KURSUS 6 JAM PSV – Selesai pendaftaran di Institut Memandu anda akan diberikan tarikh untuk menjalani Kursus 6 Jam PSV di tempat tersebut, kebiasaanya kursus akan bermula 9 hingga 4 ptg. Pastikan anda hadir awal untuk mengelakkan anda lewat dan tidak dapat masuk kursus tersebut. Tarikh dan Waktu kursus adalah tidak sama bg setiap institute memandu.
  1. MENDUDUKI UJIAN PSV – Tarikh dan waktu ujian akan diberikan setelah anda menjalani kursus 6 JAM PSV. Anda perlu menjawab semua soalan yang diberikan markah LULUS 48/60.
  1. LINK SEMAK RESULT EXAM PSV JPJ – Cara Semak Keputusan Ujian PSV KLIK Link Dibawah:

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-keputusan-ujian-memandu

  1. COLLECT DOKUMEN DI INSTITUT MEMANDU– Pastikan semua dokumen anda lengkap semasa mengambil dokumen untuk pendaftaran KAD PSV di JPJ: Dokumen Penting :

(i) BORANG (JPJ L8A)

(ii) RESIT BAYARAN MEDICAL CHECKUP

(iii) RESIT BAYARAN INSTITUT MEMANDU

(iv) SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

(v) KAD PENGENALAN

  1. BUAT KAD PSV DI JPJ – Pastikan anda membawa dokumen2 penting diatas tadi dan bawa Gambar berukuran Pasport (Background Putih ) semasa proses buat Kad PSV di JPJ
  1. TAHNIAHSelesai Proses Mendapatkan Perlesenan PSV di Institute Memandu. Mana-mana pemandu yang dah ade psv tetapi masih belum dapat evp diminta melengkapkan borang dibawah bagi mempercepatkan proses. Anda juga masih berpeluang dapatkan kredit percuma dari Grab untuk semua pemandu seluruh Malaysia bagi yang berjaya melengkapkan borang di link ini:-

Selepas dapatkan Kad Lesen PSV, boleh Isi borang dibawah untuk update EVP https://fs8.formsite.com/Grab/psv-claim/index.html

PANDUAN MEMOHON LESEN PSV DI GRAB HQ

LESEN PSV Adalah WAJIB Bagi Setiap Pemandu E-Hailing.

Untuk mohon lesen PSV bersama GRAB HQ sila ikut langkah dibawah:

  1. ISI BORANG PERMOHONAN PSV GRAB :

Dan Pilih Tarikh Kelas PSV Telah Ditetapkan Oleh Pihak Grab.

  1. BAYARAN BOOKING KELAS PSV GRAB – Sila buat pembayaran RM80 sebagai yuran pendaftaran. Anda dikehendaki melakukan pembayaran dalam masa 48 jam dari masa pendaftaran, ke akaun dibawah:

No akaun Maybank: 512334315402

Nama akaun : GrabCar Sdn Bhd

  1. UPLOAD BUKTI PEMBAYARAN DISINI : Penting!! Untuk online transfer, sila pilih Pindahan Segera dan gunakan nombor IC sebagai nombor rujukan. Sila hantar bukti bayaran disini dalam tempoh 48 jam dari masa pendaftaran:
  1. TERIMA SMS PENGESAHAN KELAS PSV GRAB – Pihak Grab akan menghantar mesej pengesahan apabila menerima bayaran tersebut dan pendaftaran anda berjaya .
  1. JIKA TIDAK LAYAK MEMOHON LESEN PSV – Sekiranya pendaftaran di sistem JPJ MySikap tidak berjaya, pihak Grab akan memulangkan RM80 tersebut dalam tempoh 30 hari.
  1. HADIR KELAS PSV GRAB DI HQ – Pastikan anda hadir ke HQ GRAB untuk menjalani Kursus 6 Jam PSV seperti yang anda Booking. KEGAGALAN Untuk Hadir KE kelas 6 Jam di Hq Grab akan menyebabkan DEPOSIT RM80 ANDA HANGUS.

ALAMAT TEMPAT KURSUS DAN EXAM :

GRAB DRIVER CENTRE , G-02, TINGKAT 2, BLOK A , AXIS BUSINESS CAMPUS, NO 13A & 13B, JALAN 225 , SECTION 51A, PETALING JAYA
MAPS :
https://goo.gl/maps/Y24UB36Cy2nDBAVs6

  1. MENDUDUKI UJIAN PSV – Tarikh dan waktu ujian akan diberikan setelah anda menjalani kursus 6 JAM PSV. Anda perlu menjawab semua soalan yang diberikan & markah LULUS 48/60.
  1. PEMERIKSAAN KESIHATAN DI HQ GRAB @ KLINIK BERHAMPIRAN – Bagi pemandu yang ingin membuat pemeriksaan Kesihatan secara Percuma boleh hadir lebih Awal pada hari yang sama sebelum menduduki Ujian PSV di Hq Grab (Lokasi yang sama dengan dewan exam. Anda juga boleh menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berhampiran tempat tinggal anda dan pastikan anda muat turun borang dibawah untuk pemeriksaan kesihatan.

Muat turun borang pemeriksaan Kesihatan Jpj disini : https://drive.google.com/open?id=14oH37v8xgYsEy8ncRmHBBpEW8X-nwg0k

Lengkapkan Borang Pemeriksaan kesihatan diatas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Klinik yang Berhampiran. Kos bagi pemeriksaan kesihatan adalah dari RM20 hingga RM80 bergantung kepada klinik berkenaan

  1. LINK SEMAK RESULT EXAM PSV JPJ – Cara Semak Keputusan Ujian PSV. Klik Link Dibawah:
  1. COLLECT DOKUMEN – Pastikan anda mengambil semua dokumen yang lengkap semasa mengambil dokumen di GRAB selepas Ujian PSV Selesai. Dokumen Penting untuk dapatkan kad psv di JPJ adalah seperti berikut:
  • BORANG (JPJ L8A)
  • RESIT BAYARAN MEDICAL CHECKUP
  • SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
  • KAD PENGENALAN
  • LESEN PEMANDU PENUH
  1. BUAT KAD PSV DI JPJ – Pastikan anda membawa dokumen2 penting diatas dan bawa Gambar berukuran Pasport (Background Putih ) semasa proses buat Kad PSV di JPJ
  2. TAHNIAH – Selesai Proses Mendapatkan Perlesenan PSV di GRAB HQ. Mana-mana pemandu yang dah ade psv tetapi masih belum dapat evp diminta melengkapkan borang dibawah bagi mempercepatkan proses. Anda juga masih berpeluang dapatkan kredit percuma dari Grab untuk semua pemandu seluruh Malaysia bagi yang berjaya melengkapkan borang di link ini:-

Selepas dapatkan Kad Lesen PSV, boleh Isi borang dibawah untuk update EVP https://fs8.formsite.com/Grab/psv-claim/index.html

PERINGATAN !!

1)Pendaftaran kehadiran akan bermula dari pukul 8 pagi.

2) Sesi latihan adalah dari 9 pagi hingga 5 petang.

3).Anda tidak akan dibenarkan masuk sekiranya tiba lewat dari pukul 9 pagi.

4)Berpakaian kemas dan memakai kasut bertutup.

5) Anda mesti membawa Pen hitam dan buku catatan.

6) Latihan akan diadakan di : GRAB DRIVER CENTRE , G-02, TINGKAT 2, BLOK A , AXIS BUSINESS CAMPUS, NO 13A & 13B, JALAN 225 , SECTION 51A, PETALING JAYA.

Nota:

Sekiranya anda lambat atau tidak hadir ke kelas selepas pendaftaran anda berjaya, bayaran anda tidak akan dikembalikan. Anda dikehendaki membuat pendaftaran semula dan pembayaran yuran yang baru.

PERMIT KENDERAAN E-HAILING (EVP)

  1. Permit Kenderaan E-Hailing (EVP)

Untuk mendapatkannya, anda perlu lengkapkan butiran kenderaan anda seperti berikut :

  • Gambar sijil pemilikan kereta,
  • Nama pemilik kereta,
  • Nombor cassis,
  • Jenis kenderaan,
  • Jumlah tempat duduk)
  1. Untuk permohonan EVP, sila kemaskini maklumat anda dengan menekan butang di bawah

Grab akan membuat permohonan EVP bagi pihak anda. Selepas diluluskan, nombor EVP anda akan dipaparkan pada aplikasi pemandu anda. (cetakan EVP diperlukan di Sabah dan Sarawak sahaja)

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Grab Evp:

  • Geran Kereta
  • Gambar Kad PSV (Depan)
  1. Borang Permohonan Pakej Pikul Bersama dan EVP Dari Grab

Sebagai alternatif, anda juga boleh membawa sijil pemilikan kereta anda ke Grab Driver Centre dan kami akan membantu anda untuk lengkapkan permohonan EVP anda.

Address: NO 4-1, PUSAT PERNIAGAAN DANAU LUMAYAN, Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur
MAPS : https://goo.gl/maps/DAujTxToipMnUAFs6

Insurans E-Hailing yang sah (Panel Grab)

Seperti Sedia maklum, Insurans E-hailing juga merupakan salah satu syarat baru yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan dikuatkuasa bermula 12 OKT 2019 kepada semua pemandu E-hailing.

  1. SEMAK SENARAI PANEL INSURANS GRAB – Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan memastikan insurans kereta yang anda gunakan untuk memandu GRAB adalah Insurans Panel Grab. Pastikan Insurans anda adalah salah satu insurans dibawah:
  1. INSURANS E-HAILING TERBAHAGI 2 KATEGORI:
  • YEARLY INSURANS E HAILING
  • DAILY INSURANS E HAILING

YEARLY INSURANS E-HAILING – Merupakan produk insurans yang ditawarkan oleh panel Insurans Grab sahaja. Anda perlu membeli insurans ini dengan bayaran anggaran RM400 bergantung pada syarikat insurans tersebut. Anda boleh membuat perbandingan harga antara senarai panel insurans Grab mengikut kesesuaian anda dahulu sebelum membeli insurans tahunan E hailing.

DAILY INSURANS E HAILING – Merupakan produk insurans yang ditawarkan oleh panel Insurans Grab sahaja. Ia menawarkan produk insurans baru yang inovatif dan fleksibel, sesuai dengan keperluan rakan pemandu yang menggunakan Grab sebagai sumber pendapatan tambahan.

Kelebihan Daily Insurans E-hailing Grab

  • Anda hanya membayar insurans ketika anda online SAHAJA.
  • Perlindungan ini sah untuk 24 jam.
  • Insurans e-hailing akan melindung anda semasa anda memandu Grab dalam tempoh masa ini
  • Anda hanya perlu opt-in untuk Insurans Harian E-hailing Grab melalui aplikasi pemandu.
  • Anda tidak perlu membeli insurans e-hailing tahunan.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Insurans E-hailing Harian Grab?

Langkah 1: Opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab

*Peringatan: Kami akan memaklumkan bila anda boleh opt-in melalui aplikasi pemandu. Buat masa sekarang, pastikan insurans motor anda adalah salah satu panel insurans Grab. Sila rujuk pada Bahagian 3 untuk maklumat lanjut.

*Peringatan: Jika pembekal Insurans Motor anda tidak menawarkan insurans e-hailing, anda tidak boleh memandu untuk Grab mulai 12 OKTOBER 2019.

Langkah 2: Cara Bayaran Insurans E-hailing Harian Grab

Penolakan dan Penamatan Tempoh Perlindungan

PENOLAKAN PREMIUM HARIAN: Premium harian akan ditolak daripada dompet tunai atau dompet kredit anda, bergantung kepada baki dompet pemandu anda. Penolakan akan dilakukan daripada dompet tunai terlebih dahulu jika baki dompet tunai mencukupi untuk membayar kos premium harian. Jika baki dompet tunai tidak mencukupi, penolakan akan dilakukan daripada dompet kredit.

Senario A:Insurans harian akan diaktifkan selepas penolakan premium harian. Setiap penolakan akan melindungi anda selama 24 jam.

Contoh: Selepas penolakan premium, anda akan dilindungi sepanjang masa dalam tempoh 24 jam, tidak kira jika anda online atau offline. Jika anda online bermula dari pukul 8am pada 12 Julai 2019, anda akan dilindungi sehingga pukul 8am pada 13 Julai 2019.

Senario BAnda tidak perlu membayar insurans untuk hari-hari anda offline.

Bahagian 3: Harga, Maklumat Perlindungan dan Tuntutan untuk Insurans E-hailing Harian Grab

Tuntutan

Anda cuma boleh membuat tuntutan jika anda terlibat di dalam kemalangan semasa anda sedang melengkapkan tempahan Grab atau semasa status anda untuk menerima tempahan aktif*.


*Rakan-pemandu online dan sedia untuk menerima tempahan dengan mengekalkan baki minimum (RM10) di dalam dompet kredit sepanjang masa.

Untuk membuat tuntutan anda, sila hubungi pembekal insurans anda

Jika insurans anda tidak disenaraikan di atas atau jika anda sudah membeli insurans tahunan, tekan sini untuk maklumat mengenai langkah seterusnya.

CARA TUKAR KE INSURAN PANEL

  • Batalkan Roadtaxsedia ada di JPJ berhampiran, pastikan anda adalah owner kenderaan atau anda perlukan dptkan surat wakil dari owner utk proses pembatalan Roadtax kereta di JPJ. Sila bawa geran kereta dan Roadtax asal yang ada pada cermin kenderaan untuk di serahkan pada kaunter JPJ.
  • Batalkan Insurans sedia ada ( bukan dalam senarai Panel Insurans Grab) Sila pastikan anda adalah owner kenderaan atau anda perlukan dptkan surat wakil dari owner utk proses pembatalan Insurans. Segala proses pembatalan perlu dibuat di Hq syarikat insurans berkenaan untuk melengkapkan proses pembatalan. Anda juga akan menerima semula baki pembayaran wang Insurans kenderaan sedia ada bergantung Jumlah Baki bulan insuran berkenaan.
  • Beli Insurans baru dari agent insurans berhampiran dan pastikan anda memilih salah satu dari senarai panel insurans Grab.
  • Renew Roadtax Di kaunter JPJ – Sila print dan bawa bersama Salinan Insuran baru dari pihak insurans untuk urusan Ini.
  • Update Insuran Anda Pada Pihak Grab :
  • Melalui office di hq menara axis
  • Update secara online disini. Klik butang di bawah

Pelekat E-Hailing

Sila tampal pelekat ini pada cermin hadapan dan belakang kenderaan anda. Kami menyediakan 2 keping pelekat untuk setiap pemandu di kiosk terdekat di bandar anda.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan pelekat E-hailing?

  • Untuk bandar yang mempunyai kiosk yang dikendali oleh Grab, bawa salinan lesen PSV dan bukti lulus ujian ke kiosk berdekatan untuk mendapatkan pelekat anda. Senarai kiosk boleh dilihat di SINI.
  • Untuk bandar yang lain, sila nantikan makluman daripada Grab pada masa terdekat untuk mendapatkan pelekat e-hailing di bandar anda.
  • Tanda pengenalan pelekat khas kenderaan e-hailing hendaklah dipamerkan pada bahagian cermin hadapan dan cermin belakang kenderaan persendirian e-hailing ketika dipandu oleh seorang pemegang permit semasa beroperasi membawa penumpang.
  • Perkataan ‘e-hailing’ hendaklah ditandakan dengan jelas menggunakan jenis huruf Myriad Pro-Bold Italic 97pt mengikut warna dan dimensi-dimensi di bawah, di atas suatu plastic pelekat cermin kenderaan bersaiz segi empat sama.

Pemeriksaan Puspakom (sekiranya kenderaan anda berusia lebih dari 3 tahun)


SENARAI PUSAT PUSPAKOM TERDEKAT

PANDUAN PEMERIKSAAN KENDERAAN E-HAILING (PDF)

Bayaran Yang Dikenakan Untuk Pemeriksaan Puspakom

  • Pemeriksaan awalan dengan yuran RM75
  • Pemeriksaan semula sekiranya pemandu gagal di pemeriksaan awalan. Yuran tambahan ulangan adalah RM25
  • Pemeriksaan berkala untuk memastikan kenderaan itu layak untuk perkhidmatan setiap tahun adalah RM55

Tips Pemeriksaan Yang Dilakukan Oleh Pegawai Puspakom

Proses Pendaftaran & Langkah-Langkah Untuk Menempah Puspakom Secara Atas Talian

PENDAFTARAN

Daftar sebagai pengguna MyPuspakom di laman sesawang https://www.mypuspakom.com.my

  1. Pilih akaun jenis individu
  2. Lengkapkan butiran pada maklumat akaun
  1. Kemudian buka email yang didaftarkan dan klik butang Active/Aktif

LANGKAH-LANGKAH TEMPAHAN PEMERIKSAAN PUSPAKOM

LANGKAH 1

  1. Sila lengkapkan butiran kenderaan untuk membuat temu janji pemeriksaan:
  • Kategori kenderaan – private
  • Jenis kenderaan – light
  • Kelas kegunaan – persendirian e-hailing
  1. kemudian klik Teruskan

LANGKAH 2

  1. Pilih jenis pemeriksaan. kemudian, klik Teruskan

LANGKAH 3

  1. Pilih Pusat Pemeriksaan
  2. Pilih Tarikh mengikut pilihan. Kemudian, klik Teruskan
  1. Pilih Tarikh mengikut pilihan. Kemudian, klik Teruskan

LANGKAH 4

  1. Pilih pembawa kenderaan yang akan hadir sama ada Wakil atau Pemilik Kenderaan untuk membuat pemeriksaan dan lengkapkan butiran. kemudian, klik Teruskan

LANGKAH 5

  1. Sila sahkan butiran temujanji anda.
  2. Dokumen yang perlu dibawa semasa pemeriksaan akan dipaparkan di SINI. Kemudian, klik Teruskan.

LANGKAH 6

  1. Ringkasan jumlah pembayaran akan dipaparklan di sini. Kemudian, klik Teruskan Pembayaran.

LANGKAH 7

  1. Buat bayaran atas talian menggunakan kad kredit/kad debit, fpx atau e-wallet. kemudian, klik Bayar.

LANGKAH 8

  1. Selesai! Anda perlu membawa slip pengesahan temujanji semasa pemeriksaan.
  2. kedua-dua salinan yang dicetak atau elektronik boleh diterima.
  3. Imbas KOD QR pada terminal pengimbas.

TAHNIAH! ANDA TELAH SAMPAI KE PENGHUJUNG PANDUAN PENDAFTARAN.

Kami boleh menbantu kamu untuk mendaftar jika ada masalah, sila Whatsapp sahaja kepada nombor ini atau klik butang di bawah.

Kelebihan Grab adalah kadar tambang yang dikenakan adalah tetap (tidak termasuk tol atau lebih drop point). Grab juga mempunyai beberapa pilihan jenis kategori kereta dan Grabcar adalah pilihan yang paling murah. Rata – rata pengguna lebih memilih untuk menaiki Grab apabila jalan sesak kerana tambang tidak berubah walaupun perjalanan lebih lama.