Pengumuman
Mulai 11 April 2023, Ujian PSV telah dilupuskan. Berikut adalah langkah yang anda harus lakukan:
1. Sediakan semua dokumen berikut :
- Borang Perubatan JPJL8A (boleh didapati di laman web JPJ) – Bawa ke klinik untuk ujian kesihatan, lampirkan bersama resit pemeriksaan kesihatan dengan cop dan tandatangan pihak klinik
- Sijil JPJL2C – 1 salinan (boleh didapati di Grab Driver Centre, Tingkat 2)
- MySikap Maklumat Pendaftaran – 1 salinan (boleh didapati di Grab Driver Centre, Tingkat 2)
- Fotostat MyKad (depan&belakang) – 1 keping
- Fotostat Lesen Memandu (depan & belakang) – 1 keping
- Gambar profil 22mm x 32mm (latar belakang putih) – 2 keping
- RM20 – bayaran untuk lesen PSV
2. Muat turun aplikasi MyJPJ dan daftar akaun baharu
3. Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh lihat status lesen PSV anda di dalam aplikasi MyJPJ.
4. Sekiranya status anda “L” (Lulus), anda boleh kunjungi mana-mana cawangan JPJ (di Selangor kecuali UTC) untuk mendapatkan lesen PSV.
Sila lihat slide berikutnya untuk maklumat terperinci tentang pendaftaran dan cara semakan lesen PSV anda.
Pendaftaran Akaun Baharu MyJPJ
- Untuk mula mendaftar, tekan pada Daftar Akaun Baharu di laman hadapan aplikasi MyJPJ
- Isi nombor kad pengenalan anda pada ruang yang disediakan
- Setelah selesai, tekan Hantar
- Pilih kategori Orang Awam Malaysia
- Sahkan butiran yang dipaparkan (nama dan nombor kad pengenalan)
- Untuk bahagian No. Rujukan, hanya isi jika anda menerima nombor rujukan daripada kaunter JPJ
- Jika tiada, sila biarkan kosong untuk bahagian ini.
- Untuk bahagian No. Siri Lesen Memandu, sila isikan dengan nombor di belakang Lesen Memandu seperti yang tertera di gambar sebelah.
- Seterusnya, lengkapkan butiran selebihnya (nombor telefon dan alamat e-mel).
- Setelah semua butiran telah lengkap, tekan pada kotak pengesahan dan tekan Hantar.
- Untuk log masuk kali pertama, jawab tiga soalan keselamatan yang tertera.
- Setelah selesai, tekan Seterusnya.
- Cipta kata laluan baharu pada ruangan yang disediakan.
- Kata laluan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan, iaitu perlu mengandungi 8 aksara daripada gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol (cth. #Password12)
- Setelah selesai, tekan Hantar.
- Status pendaftaran akaun anda akan dipaparkan sekiranya pendaftaran berjaya.
- Tekan OK dan kembali pada laman hadapan aplikasi untuk log masuk.
Semakan Keputusan Ujian PSV
- Buka aplikasi MyJPJ.
- Isikan ID Pengguna (nombor kad pengenalan) dan kata laluan yang telah didaftarkan pada ruangan yang disediakan.
- Tekan Log Masuk.
- Di laman utama aplikasi, tekan pada Semakan Keputusan Ujian di bahagian Pelesenan Memandu.
- Pilih kategori Orang Awam Malaysia.
- Isikan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Tekan Hantar.
- Nama dan nombor kad pengenalan akan dipaparkan pada bahagian atas.
- Untuk semakan keputusan Ujian PSV, lihat pada bahagian PSV – Tulis.
- Semak sekiranya keputusan anda Lulus (L) atau Gagal (G).