Gula – Gula Percuma untuk Penumpang ‘Abang Grab’
KUCHING – Tindakan seorang pemandu e-hailing, Pemandu Grab menyediakan gula-gula bagi menghargai penumpangnya wajar diberi pujian.
Muhd Al Hakim, 20, berkata, kali pertama menaiki kereta tersebut membuatkan dia berasa teruja ekoran Pemandu Grab berkenaan memberi layanan istimewa kepada penumpangnya.
“Biar pun ia sekadar gula-gula, tetapi inisiatif Pemandu Grab dikenali Kho Lat Tze pasti akan menggembirakan sesiapa sahaja.
“Kebetulan waktu itu saya baru selesai melakukan pemeriksaan di hospital dan tidak jamah makanan sejak pagi lagi kerana mahu mengambil darah.
“Pemeriksaan kesihatan pun mengambil masa tiga jam, jadi perut memang kosong. Semasa saya menaiki kereta abang ini, saya perasan sada 10 botol berisi gula-gula.
“Saya tanyakan jika boleh makan gula-gula itu dan dia hanya menjawab, ia ‘free’, boleh ambil jika mahu,”
katanya kepada Sinar Harian.
Bukan itu sahaja, sikap peramah Pemandu Grab itu membuatkan Muhd Al Hakim juga mahasiswa Universiti
Malaysia Sarawak selesa dengannya.
“Sebenarnya saya tersentuh dengan apa yang abang Grab tu buat sebab dia buat sesuatu yang ramai tak buat, walau lain bangsa ke apa tapi dia tetap buat baik dan peramah dengan semua orang.
“Dia sediakan gula-gula untuk penumpangnya menunjukkan dia seorang yang baik, ikhlas dan wajar dijadikan contoh.” katanya.
Terdahulu, posting Twitter Muhd Al Hakim tular di laman sosial selepas berkongsi kebaikan Pemandu Grab yang menyediakan gula-gula untuk menumpangnya.
Sehingga kini, status tersebut diulang kongsi seramai 15,000 pelayar Twitter dan 20,900 tanda suka. Rata-rata netizen juga mendoakan semoga Pemandu Grab itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusannya.
5 MAC 2020
Jadi Apa Tunggu Lagi ! Klik Butang "Daftar Pemandu Grab" dibawah.
________________________________________________________________
"We are Authorized Grab Alpha Driver"
#daftar #pemandu #grab #pemandugrab #grabdriver #abanggrab #abggrab